Tuesday, 17 March 2009

Jong Pecah, Yu Kenyang.

Melihat muka Kapten (B)Osman Jailu semasa menyerahkan surat akujanji tidak akan melompat parti sebelum pilihanraya Mac 2008, tak percaya aku muka sembab tu boleh jadi cukung yang hangat dibualkan hari ini. . Semasa tu majlis penyerahan watikah. Terkial-kial semasa isi borang pencalonan. Mintak tolong calon yang sama-sama bertanding masa tu. Namanya Asri, lawyer kalau tak silap. Hj Ismail tukang kasi taklimat semasa tu. Hj Ismail sendiri tak bertanding. Dia cuma pengarah pilihanraya negeri. Masa Osman sibuk bertanya, aku tau dia ni gagap. Kesian pun ada. Terfikir masa tu bahawa PKR memang ketandusan calon. Main tangkap muat jer.

Semasa majlis penyerahan watikah tu ramai wakil media yang turut serta. Banyak soalan diajukan kepada Ust Zul yang memangku jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Kesian dia, masa tu nampak teramat letih. Baru sampai dari Kuala Lumpur ambil watikah dari ibu pejabat PKR. Dia sebelahnya Mustaffa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR. Nasib baik mamat ni ada. Banyak dia membantu USt Zul menjawab soalan dari wartawan. Kapten (B) Usaili Alias masa tu timbulkan satu isu yang aku dah lupa berkenaan apa. Beria-ia dia menerangkan isu tersebut walau pun wartawan dah beralih ke soalan lain. Kalau wartawan bertanya dalam Bahasa Inggeris, Mustaffa Kamil Ayub ler yang tolong jawab.

Tangkap muat PKR ni rupa-rupanya bertanding di 20 kerusi DUN. Aku tak pernah nampak pun muka-muka 20 orang ni kecuali Mustaffa Kamil Ayub, Kapten (B) Usaili Alias dan Ust Zulkifli. Sebelum ni muka Hj Ismail, Hj Osman dan arwah Kapten (B) Zulkifli Ahmad memang aku kenal. Hj Ismail baru jer letak jawatan Pengerusi Perhubungan Perak, Hj Osman kata nak bersara terus dari politik. Katanya kesihatannya tak berapa mengizinkan. Tak larat nak berulang-alik dari rumahnya di Kelang ke Ipoh. Masa tu politik PKR di Perak langsung tak menarik. Aku jamin, sebelum pilihanraya tempohari Anwar Ibrahim sendiri tak terlintas untuk terfikir siapa calon Menteri Besar dari PKR. Kalau ada pun mungkin Mustaffa Kamil Ayub yang jadi calon bidan terjun di Sungai Manik pasal Hj Osman nak bersara. Selain bertanding Parlimen Pasir Salak, Mustaffa bertanding DUN Sungai Manik. Aku terfikir cukup ke duit Mustaffa ni nak lawan 'UMNO Nine Million Dolars Man', Dato' Tajuddin Rahman.

Keputusan pilihanraya, PKR menang 7 dari 20 kerusi yang ditandingi, PAS 6 dari 21 dan DAP menang di semua 18 kerusi yang ditandinginya. Kerana tak ada calon yang layak, Menteri Besar bukan dari PKR. Kapten (B) Usaili, Mustaffa Kamil Ayub dan Ustaz Zul kalah kepada UMNO masing-masing di Bota, Sungai Manik dan Manong. Kalau PKR ada calon sesuai, tentu kerusi MB Perak diduduki orang PKR

Tapi semua tu setahun lepas. Kini, YB Kapten (B) Osman Jailu dan YB Jamaluddin lompat keluar PKR. Bersama YB Hee dari Jelapang mereka menyokong BN membentuk kerajaan baru Perak. Yang aku dengar BN dapat ambil alih kerajaan Perak selepas krisis dalaman di PKR sendiri. .Sebelum krisis Perak terjadi, Hj Osman dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Untuk membantu YB Jamaludin yang jadi Timbalan. Eh sihat pulak. Khabarnya akan pindah ke Ipoh untuk tumpukan dan membantu PKR Perak. Selepas kerjaan PR tumbang, khabarnya juga ada yang dah beria-ia melobi untuk jadi calon ketua Bahagian Tanjung Malim, jadi calon di Behrang dan Cangkat Jering dan bermacam cerita lain. Kalau YB Nizar menang kes di mahkamah akan ada pilhanraya seluruh DUN negeri Perak. Siapa pulak Menteri Besar baru selepas pilihanraya itu nanti. Mereka yang kerja kuat sejak PRU12 Mac 2008 tempohari terus dihambat untuk menyelesaikan segala isu berkaitan. Tak sempat pun mereka ni nak berkira strategi politik mereka agaknya. Atau pun mereka tak ada pilihan lain tapi masuk sama ke gelanggang, sama-sama bersilat. Ini habuan besar menanti!

Nampak macam ada pihak yang menangguk di air keroh. Atau pun ada yu yang dah dan akan kenyang bila jong dah pecah. Jangan-jangan ada orang dalam jong kita yang kerjanya mengorek buritan jong kita. Elok kita pakat cari cukung-cukung tu, campak ke laut sebelum kita karam ditelan yu.

3 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam SiTampokManggis,

Saya fikir "Nampak macam ada pihak yang menangguk di air keroh. Atau pun ada yu yang dah dan akan kenyang bila jong dah pecah. Jangan-jangan ada orang dalam jong kita yang kerjanya mengorek buritan jong kita. Elok kita pakat cari cukung-cukung tu, campak ke laut sebelum kita karam ditelan yu." mungkin betul. Mari kita cari!

Sekarang, sedang lahir ramai yang kita fikir boleh memimpin PKR Perak.

Memang banyak hikmah tragedi Perak. PR boleh bersihkan parti masing-masing.

Ivo Serenthà said...

Greetings from Italy,good luck

Hello,Marlow

Si Tampok Manggis said...

Dr Wahab,

Thanks for your visit and comment