Thursday 11 February 2010

Ke arah mana Pendidikan Tinggi Malaysia?

Dalam ucapan belanjawan 2010 yang lepas Dato' Sri Najib Tun Razak menggariskan beberapa langkah membawa balik tenaga profesional negara di luar negara kembali berkhidmat di Malaysia. Berbagai insentif cukai dan sebagainya di perkenalkan untuk membawa balik tenaga profesional kita balik dari luar negara.

There are more than 50,000 of our university students not given places in Malaysia but are good enough for places overseas resulting in billions of dollars lost. Our best students are sent overseas raising oversea and foreign universities standards. Why don't we keep the best in our local universities and the rejects sent overseas?

A university student in Hong Kong is much more prestigious than any Australian counterpart. Look at Hong Kong or Singapore, less than 5% study overseas. All the money saved. Our country could save billions if every student overseas is recalled to a local university, and at the same time raising our own university standards.

Ini pengalaman yang saya lihat sendiri di Korea. Setiap tahun JPA menaja sekurang-kurangnya 200 lebih pelajar terbaik Malaysia belajar di sini. Dua tahun pertama mereka didedahkan sosio buada dan mempelajari Bahasa Korea. Kemudian dari itu mereka mengikuti program ijazah sekurang-kurangnya 4 tahun.

Setelah bergelar siswazah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan ditawarkan oleh universiti berkenaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Pelajar lain yang mendapat keputusan cemerlang dan berketerampilan ditawarkan pekerjaan oleh syarikat-syarikat multi nasional Korea seperti Samsung, LG, Hyundai dan sebagainya. Mereka ini akan terus menetap di Korea untuk tempoh yang mereka pilih. Walau pun ada diantara mereka mempunyai kontrak dengan penaja dari Malaysia sebelum ini, syarikat gergasi Korea tidak mempunyai masalah untuk membayar balik biaya tajaan tersebut. Jumlah ini mencapai antara 50 hingga 60 orang atau 25% hingga 30% dari jumlah pelajar setiap tahun. Mereka dibayar gaji yang jauh lebih lumayan dari di Malaysia. Lebih dari itu mereka telah serasi dengan bahasa dan sosio budaya Korea untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan di sini dengan mudah. Selebihnya akan pulang dan mencari peluang pekerjaan di Malaysia. Kerana kelebihan berbahasa Korea, English dan Bahasa Malaysia, mereka dengan mudah menjadi pilihan syarikat-syarikat Korea yang beroperasi di Malaysia.

Jadi, apa sebenarnya faedah yang Malaysia dapat dari penghantaran pelajar di luar negara? Bila dan di mana berlakunya penyerapan dan permindahan teknoloji dan budaya kerja yang disebut akan memberi manfaat kepada Malaysia? Negara luar mendapat pelajar terbaik dan selepas itu tenaga profesional terbaik. Standard pendidikan mereka meningkat oleh sumbangan pelajar terbaik kita. Jangan lupa, dalam kes pelajar tajaan kerajaan, semuanya dengan biaya cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.