Friday 25 June 2010

Kadar jualan kondom meningkat selepas Korea Selatan cipta kemenangan

Tajuk yang cukup sensasi. Lihatlah corak pemberitaan Berita Harian yang memetik berita dari akhbar online Joong Ang Daily, Korea

(klik setiap gambar untuk membaca kandungan berita)
VS
Bukankah ini pemberitaan yang tidak tepat, menyeleweng atau mungkin berniat jahat. Pembaca ditipu dan dibodoh-bodohkan dengak fakta yang diselewengkan. Etika kewartawanan tidak diendahkan.

Bagaimana jika sumber berita ini mendapat tahu berita mereka diselewengkan? Apa perasaan rakyat negara berkenaan bila mereka digambarkan sebagai masyarakat seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian? Soalan yang lebih besar sudah berapa kali, berapa lama pembaca Berita Harian di tipu sebegini?

Ada yang menyebut ini kerap dilakukan oleh media barat terhadap dunia Islam. Cukupkah alasan ini untuk kita, masyarakat bertamadun membuat perkara yang sama?