Tuesday 4 August 2009

Aku Melayu, Kemelayuan Aku Diperkuda?




















Aku terpanggil untuk menceritakan pengalaman sebagai orang Melayu. Sesuai dengan komen yang ditinggalkan oleh seorang pembaca di posting aku sebelum ini. Aku pun keliru samada aku patut bangga atau malu jadi Melayu.

Keluar dari universiti aku bekerja sebagai engineer muda di sebuah syarikat pembinaan. Syarikat ni 100% milik orang Cina. Awal tahun 90an, masa tu memang susah nak dapat kerja. Mujur syarikat ni tawarkan aku bekerja, project upgrading hotel di Johor Baharu. Masa tu project-project syarikat ni semua dari pemaju swasta. Antaranya, pembinaan Empire Tower di Jalan Ampang, Pheonik Plaza di Cheras, Perumahan di Bukit Tunku dan Condominium di Jalan Alor K Lumpur.

Gaji kecil, dengan outstation allowance dapat RM 1,600.00 masa tu. Rumah di Johor Baru disediakan, sebuah banglo 6 bilik, duduk dengan 9 orang staff lain. 7 Cina, 2 India dan aku sorang Melayu. India 2 orang tu duduk satu bilik, satu bilik untuk Project Manager ( Cina ), aku duduk satu bilik sorang-sorang, dan selebihnya staff Cina duduk kongsi 2 orang satu bilik. Di rumah tu aku yang paling junior. Tiap pagi aku keluar rumah ke tempat kerja dengan kereta Project Manager. Sarapan di kedai mamak dalam perjalanan. Makan tengah hari aku suka makan sorang-sorang, sambil tengok awek di shopping complex berdekatan. Kalau keluar malam ramai-ramai mesti makan di kedai halal sebelum duduk sampai pukul 2 pagi di karaoke. Balik aku yang pandu kereta pasal time tu ramai yang dah mabuk. ' Bagus bawak kamu ke karaoke, balik ada tukang bawak kereta, tak gaduh kena saman' Kemelayuan aku diperkudakan?

Client representative masu tu ada 5 orang. Seorang Project Manager, seorang engineer dan 3 orang clerk of work ( C.O.W), semua Melayu. Di orang kerja 8.00pg sampai 5.00ptg, 5 hari seminggu. Kalau ada aktiviti diluar masa tu kena buat permohonan dan bayar diorang overtime. Biasanya pre-casting inspection dibuat lepas 4.00ptg. Alasannya panas. Kalau inspection passed, concrete casting berlarutan sampai lewat pagi. Kerja-kerja ni akan diawasi oleh seorang staff kami dan 2 C.O.W. Kesempatan ni jugak diambil oleh client representative yang lain untuk ke karaoke dengan seorang dua staff kami yang lain. Esok awal-awal pagi kelima-lima orang client representative ni akan jumpa aku mintak sign 'overtime' yang mereka lakukan malam tadi. 'Nasib baik yang tukang sign overtime engineer Melayu, tak banyak soal jawab' Kemelayuaan aku diperkudakan? Sapa perkuda sapa? Kalau tak buat gitu kerja-kerja Cina ni semua terbengkalai. Duit overtime tu nak dikira duit apa agaknya? Hujung tahun puak-puak COW ni suruh aku peringatkan Boss pasal sumbangan mereka yang sanggup kerja tanpa mengira masa untuk siapkan kerja. Dengan harapan, Ang Pow lumayan untuk tahun tu.

Lepas 6 bulan aku dinaikkan jadi engineer penuh, tambah gaji RM 800.00. Bawah aku di bawa masuk seorang supervisor yang dah 4 tahun bekerja di syarikat tu. Kelulusannya certificate dari Kolej Tunku Abdul Rahman. Leceh jugak aku kena kongsi bilik dengan Cina ni. Tapi time tidur, dia kerap tidur depan TV di ruang tamu, katanya dia tak suka air-cond. Mungkin jugak pasal aku berdengkur kuat bila tidur.

15 bulan lepas tu kerja tu siap. Semua kami di bawa balik ke Kuala Lumpur bekerja di tapak binaan yang berlainan. 5 orang client representative tu semua bekerja secara contract. Siap project, contract pun tamat. Ada seorang dua dari mereka minta kerja tetap di syarikat aku bekerja, tapi tak ada yang dapat. Aku tolong ambilkan borang dari HQ untuk diisi. Dia orang mintak aku tolong aku ketengahkan nama mereka kepada boss. Pirahh mabuk. Ni Melayu yang memperkudakan Melayu!!!

Dengan pengalaman lebih 2 tahun bekerja syarikat berkenaan aku kemudiaannya dilantik sebagai Site Agent untuk satu project yang sederhana saiznya. Aku terus bekerja di syarikat tersebut sehingga salah seorang directornya buka syarikat lain. Aku bersama Project Manager aku di Johor Baru dulu di pelawa menyertai syarikat tersebut. Kali ni jawatan dan gaji jauh lebih baik. Begitu seterusnya aku mendaki kerjaya di bidang yang kebanyakan orang melayu anggap sebagai bukan bidang kita orang Melayu. Sektor yang kita orang melayu sebagai client representative dan pay master tetapi dimonopoli oleh bukan orang melayu. Silapnya kita diperkuda atau kita menjadi kuda kerana kelemahan kita.

Lu pikirrr ler sendiri.

Monday 3 August 2009

Demo Anti - ISA 1 Ogos 2009


Sedih aku tidak berada di situ. Sedih aku terlepas peluang bersama rakyat yang perihatin menyatakan pandangan terhadap akta ISA yang maha zalim.

Di kejauhan ini aku cuma mampu mengikuti peristiwa bersejarah itu menerusi alam cyber. Sebelum ini aku dengan bangga boleh mendabik dada kepada anak-anak bahawa aku turut serta dalam Demo Reformasi di KESAS Highway. Gambar aku masuk muka depan Harakah semasa demo itu. Demo BERSIH, anak aku bergitu bangga dengan kesan bau air yang disembur FRU pada baju warna kuning yang aku bawa balik dari demo bersejarah itu. Demo ISA ini lebih besar maknanya. Sayang, aku ketinggalan dari menyertainya.

Anak aku yang berusia 15 tahun terkilan aku tidak serta dalam demo tersebut untuk membawanya bersama. Dia teruja membaca berita Suhaib Mat Shah, 16, dilokap sehari semalam pemperjuangkan penentangan akta yang memenjarakan ayahnya. Kami bangga dengan keberaniaan rakyat Malaysia samaada Sivarasa, Dr Hatta Ramli, Beng Teong, Ragunathan, Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang berdepan gorombolan polis diketuai City police chief Deputy Comm Datuk Wira Mohd Sabtu Osman.

Di internet aku cuma dapat menonton dan membaca keberaniaan rakyat Malaysia menentang kekejaman regim BN mempertahankan ISA. Sebelum dari itu aku membaca bagaimana media arus perdana menjadi pelacur memainkan isu perkauman dan meniupkan api permusuhan dan pergaduhan. Tetapi semuanya berjalan lancar kecuali provoksi yang ditimbulkan polis. Anggota keselamatan ini nanti pasti menyesal dikutuk anak-anak generasi akan datang akan melihat jijiknya akta ISA yang dipertahankan.

Aku tahu rakyat yang disimbah dengan air beracun dan ditembak gas pemedih mata puas dengan apa yang berlaku hari itu. Satu negara dan satu dunia menjadi saksi kejayaan perjuangan mereka.


Untuk tatapan semua dicatatkan kejayaan besar akta zalim ISA

1. Mengasi teloq pemimpin pengecut seperti Zahid Hamidi, Ibrahim Ali dan Tajuddin Rahman. Pemimpin-pemimpin ni jadi tukang angguk dan tukang kokok.

2. Tempat Pak Lah menyorokkan pengganas sebenar yang dikatakan bersekongkol dengan anaknya.

3. Akta yang menunjukkan Dr Mahathir pemimpin pengecut yang tunduk dan takut kepada George Bush dengan menangkap dan memenjarakan siapa sahaja yang dihakimi 'pengganas' oleh Amerika.

Pun begitu ada si bangang yang menyebut, 'apa susah-susah nak hapuskan ISA? Kalau tak buat salah apa nak takut akta apa pun.'

'Sibodoh ooi, akta ni tangkap orang tak salah, pasal akta ISA ni boleh penjarakan orang tanpa perlu buktikan orang tu bersalah'

Saturday 11 April 2009

PM Malaysia Keenam - Beri Najib Peluang?

'Najib memiliki apa yang tidak ada pada Abdullah, iaitu rekod peribadi yang buruk pada mata rakyat. Abdullah sebaliknya memiliki jolokan ‘Mr. Clean’ yang sebenarnya menderaukan darah rakyat bila kelemahannya terbongkar di puncak Putrajaya.

Oleh yang demikian, tidak pelik jika Najib bertindak buruk pada rakyat tetapi amat pelik dan memukau jika Najib melakukan benda yang baik-baik. Itulah keuntungan Najib kerana imej yang berkarat
'

Meneliti komen sokongan Kickdefella, seperti petikan di atas membuat saya menilai kembali samaada Najib wajar diberi peluang. Najib Ada kelayakan sebagai pentadbir yang berkebolehan. CVnya begitu menarik. Di permulaan kerjayanya di dalam kabinet Malaysia, dia cemerlang. Kalau saya tidak silap, khidmatnya turut cemerlang sebagai Menteri Besar Pahang di awal kerjaya politiknya dulu. Dia layak membawa perubahan yang di sebut-sebut.

Selain dari itu apa pilihan yang rakyat Malaysia ada? Merubah kerajaan? Secara logiknya saya berpendapat ini cuma akan berlaku sekiranya proses pendemokrasian Malaysia yang lebih baik berlaku. Kalau pun Pakatan mahu membawa perubahan, Pakatan kena menang pilihanraya. Sekurang-kurangnya 2 tahun lagi.Kenapa bazirkan masa tersebut. Baik kita gunakan untuk menangani krisis ekonomi yang sedang membungkam negara.

Najib berpeluang mengubah ke arah Malaysia yang lebih baik sekiranya dia ada iltizam yang kuat. Dia mampu melakukannya sekiranya dia tidak terus bergayut kepada sokongan UMNO yang telah semakin reput. Najib seharusnya percaya bahawa dia akan mendapat sokongan rakyat sekiranya dia mampu membawa perubahan. Akan berbondong-bondong rakyat jelata menyokongnya sekiranya dia bertindak di luar kongkongan UMNO. Majoriti rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat akan menyokong Najib kalau Najib membuat perkara yang betul. Najib tidak perlu kekal dengan perjuangan UMNO yang memperjuangkan ketuanan UMNO bertopengkan ketuanan Melayu. Kedaulatan Rakyat yang perlu diperjuangkan Najib kalau dia mahu terus berkuasa.

Kesempatan ini perlu digunakan sepenuhnya oleh Najib untuk merombak sistem dan institusi yang menjauhkan sokongan rakyat dari kerajaan selama ini. Suruhanjaya Pilihanraya, Polis DiRaja Malaysia, Institusi Kehakiman, Undang-undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Dasar Pendidikan, Dasar Bahasa, Penswastaan yang membebankan Rakyat, Kemudahan Pengangkutan Awam, Perumahan, Pemilikan Tanah dan lain-lain adalah senarai panjang yang merupakan peluang untuk Najib meraih sokongan.

Saya yakin segala masalah berkaitan moral dan diri Najib yang mengisi baggage besar yang dibawanya ke Putrajaya akan dilupakan kalau benar perubahan di atas menjadi keutamaan pimpinan dan pentadbiran Najib. Di sana nanti rakyat Malaysia akan mempertahankan Najib dari cemuhan media antarabangsa. Malah, sekali pun kerajaan Monggolia membawa kes yang melibatkan Najib ke Mahkamah Antarabangsa, dan Najib kalah di sana, Najib tetap menang di hati rakyat.

Cumanya secara jujur saya tertanya-tanya benarkah Najib mahu membawa perubahan untuk kekal berkuasa? Sehingga hari ini, setelah 9 hari menjadi Perdana Menteri, saya tidak melihat Najib mahu kekal berkuasa dengan cara begitu. Kempen pilihanraya BN yang Najib sebagai Perdana Menteri, di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak menunjukkan sebarang pertanda Najib berazam keluar dari celah kangkang UMNO. Barisan kabinet yang memualkan menunjukkan Najib masih mahu berpaut di UMNO yang sedang mereput. Lebih dari itu Najib seperti budak hingusan yang ketagih bau hapak ketiak Mahathir dalam menyenaraikan kabinetnya. Mahathir dulu telah ditolak rakyat. Semasa zaman Mahathir bermula gerakan reformasi yang menuntut perubahan yang sehingga hari ini masih terus menghantui kerjaan BN. Lihat betapa pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menolak Mahathir mentah-mentah.Ini di sebut pimpinan BN sendiri.

'Mahathir rejoining UMNO and making a last minute appearance in Bukit Gantang and Bukit Selambau do not have any significant impact on voter’s support on BN'


Kenapa perlu Najib bergantung kepada sokong yang membawa rebah.

Untuk membuat perubahan, Najib mempunyai peluang yang besar. Semua jentera dan kemudahan bersama beliau. Keputusan untuk berubah atau tidak ada ditangannya. Najib ada masa yang cukup. Penilaian rakyat akan hanya berlaku tiga tahun lagi. Tetapi sekiranya Najib kekal tidak mahu berubah, tunggulah bila rakyat menggunakan kertas undi menyingkir Najib. Namun, saya lebih khuatir sekiranya rakyat tidak sanggup menunggu saat itu sebaliknya merentap Najib turun dari Putrajaya dengan cara yang lebih hina. Saya khuatir kerana kalau itu berlaku harganya ialah kesejahteraan negara tercinta ini.

Saturday 28 March 2009

Permaidani Merah Untuk PM kita.


Page di atas aku copy dan paste dari Najib Razak and the Ghost of Altantuya , itu dari versi internetnya. Khabarnya suratkhabar ni memang suratkhabar arus perdana di Seoul, Korea.

Hilang kata-kata untuk menerangkan rasa malu, terhina dipersendakan oleh masyarakat antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan kedaulatannya, saya cuma mintak PM kita berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya, nama negara Malaysia tercinta.

Wednesday 18 March 2009

Kalau ini Mainan Mereka, Apa Lagi Yang Boleh Kita Harapkan

Sepagi suntuk mengutip berita hangat yang dibincangkan di hampir seluruh media Malaysia.
" Jawatankuasa Displin UMNO halang Ali bertanding kerusi no 2"

'Lantak pi lah, itu cerita dalaman parti UMNO yang memang dah nak karam' kata Tronge semasa minum di awal pagi.

Tapi bukan ke UMNO tu tunggak Barisan Nasional? Barisan Nasional yang memerintah Malaysia hingga tamat penggal Parlimen kali ni, 2012 nanti. Presiden UMNO kebiasaannya akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden jadi Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri akan jad ahli-ahlii Kabinet Malaysia.

'Pergolakan dan perkembangan ni penting bagi semua rakyat Malaysia' kata Ng yang aku tau penyokong kuat DAP.

Kalau betul ada tangan ajaib di sebalik Jawatankuasa Displin UMNO, kesian melihat Y Bhg Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ahmad diperkuda pihak berkenaan. Simpati kepada ahli-ahli UMNO yang ingin melihat demokrasi hidup dalam parti mereka. Maknanya kalau ahli nak mendaki jawatan tertinggi parti jangan harap dapat kalau tak ada warlord kuat di belakang mereka. Itulah nilai sebuah negara bila pencaturan pimpinan negara di buat oleh seorang dua berpengaruh. Ahli UMNO yang berjuta jumlahnya cuma melihat hak mereka disamun di siang hari.

' Padan muka depa, selama ni samun hak rakyat ' bebel Yek yang nampak nak cepat habiskan perbincangan, nak pergi sambung kerja. 'Business aku tengah gawat sekarang' bebelnya lagi sambil mintak mamak kedai tu bawak bil.

Masalah yang lebih besar di hadapan kita ialah ke mana hala tuju negara kita selepas ini. Persolan poltik di tangani dengan rampasan kuasa, samun di siang hari dan halangan bertanding di saat akhir. Ini kah negara yang akan menjadi negara maju menjelang 2020? Bagaimana persepsi masyarakat antarabangsa terhadap politik dan sistem di negara kita? Sebelum ini peminpin UMNO menafikan mereka menggunakan sistem, institusi dan jentera negara untuk kepentingan mereka. Hampir semua sistem dan institusi negara dijadikan buah dam percaturan politik cukung-cukung yang berkuasa. Kehakiman, MACC, Parlimen, Suhanjaya Pilihanraya, Polis malah Istana dijadikan alat semahu-mahunya. SUK, Hakim, AG, KPN sampai ke Pak Guard di Parlimen pun di permain-mainkan. Bila terjadi di peringkat dalaman parti, nak nafikan jugak?

'Ahli-ahli UMNO, korang tengok ler dan kaji balik segala penafian yang di buat oleh pemimpin korang selama ni'.

'Kalau Presiden korang tiba-tiba nak driver atau bodyguard dia yang jadi Timbalan Perdana Menteri nanti korang toksah terkejut'

Nanti kata Najib kepada Mahyuddin ' Hang menang pun pasai aku kasi kad merah kepada Ali Rustam, lagi pun tak semestinya Timbalan Presiden UMNO jadi Timbalan Perdana Menteri'

Sebelum tu pun Najib agaknya dah berkata begini kepada Ali Rustam ' Ku Din cuma halang hang dari bertanding Timbalan Presiden, kalau pecat keahlian UMNO, nanti aku kena lantik ahli UMNO lain pulak jadi Ketua Menteri Melaka.'

Tak ker ahli UMNO atau ahli Perkida rasa tercabar dengan tindakan yang dibuat pemimpin korang. Tak terasa ker hak dan keahlian korang di pijak-pijak? Nak dok diam tengok jer ker? Aku tumpang bangga kalau korang dapat berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan. Menghalang kemungkaran. Mengembalikan kebenaran. Selamat berjuang.

Ada satu lagi teori yang lebih menarik. Dengan perkembangan terbaru pemilihan UMNO, tiba-tiba YAB Perdana Menteri Abdullah nafikan peralihan kuasa yang dipersetujuinya dulu. MP UMNO yang sokong Ali Rustam buat undi menyokong kepimpinan Abdullah, MP Pakatan pun sokong sama.

" Anwar memulakan, Najib mengiyakan, Pak Lah sekadar meneruskan sahaja, lagi pun tak semestinya Presiden UMNO jadi Perdana Menteri" komen Ali Rustam sambil tersengeh. Hajatnya nak jadi Timbalan Perdana Menteri termakbul juga.

Tuesday 17 March 2009

Jong Pecah, Yu Kenyang.

Melihat muka Kapten (B)Osman Jailu semasa menyerahkan surat akujanji tidak akan melompat parti sebelum pilihanraya Mac 2008, tak percaya aku muka sembab tu boleh jadi cukung yang hangat dibualkan hari ini. . Semasa tu majlis penyerahan watikah. Terkial-kial semasa isi borang pencalonan. Mintak tolong calon yang sama-sama bertanding masa tu. Namanya Asri, lawyer kalau tak silap. Hj Ismail tukang kasi taklimat semasa tu. Hj Ismail sendiri tak bertanding. Dia cuma pengarah pilihanraya negeri. Masa Osman sibuk bertanya, aku tau dia ni gagap. Kesian pun ada. Terfikir masa tu bahawa PKR memang ketandusan calon. Main tangkap muat jer.

Semasa majlis penyerahan watikah tu ramai wakil media yang turut serta. Banyak soalan diajukan kepada Ust Zul yang memangku jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Kesian dia, masa tu nampak teramat letih. Baru sampai dari Kuala Lumpur ambil watikah dari ibu pejabat PKR. Dia sebelahnya Mustaffa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR. Nasib baik mamat ni ada. Banyak dia membantu USt Zul menjawab soalan dari wartawan. Kapten (B) Usaili Alias masa tu timbulkan satu isu yang aku dah lupa berkenaan apa. Beria-ia dia menerangkan isu tersebut walau pun wartawan dah beralih ke soalan lain. Kalau wartawan bertanya dalam Bahasa Inggeris, Mustaffa Kamil Ayub ler yang tolong jawab.

Tangkap muat PKR ni rupa-rupanya bertanding di 20 kerusi DUN. Aku tak pernah nampak pun muka-muka 20 orang ni kecuali Mustaffa Kamil Ayub, Kapten (B) Usaili Alias dan Ust Zulkifli. Sebelum ni muka Hj Ismail, Hj Osman dan arwah Kapten (B) Zulkifli Ahmad memang aku kenal. Hj Ismail baru jer letak jawatan Pengerusi Perhubungan Perak, Hj Osman kata nak bersara terus dari politik. Katanya kesihatannya tak berapa mengizinkan. Tak larat nak berulang-alik dari rumahnya di Kelang ke Ipoh. Masa tu politik PKR di Perak langsung tak menarik. Aku jamin, sebelum pilihanraya tempohari Anwar Ibrahim sendiri tak terlintas untuk terfikir siapa calon Menteri Besar dari PKR. Kalau ada pun mungkin Mustaffa Kamil Ayub yang jadi calon bidan terjun di Sungai Manik pasal Hj Osman nak bersara. Selain bertanding Parlimen Pasir Salak, Mustaffa bertanding DUN Sungai Manik. Aku terfikir cukup ke duit Mustaffa ni nak lawan 'UMNO Nine Million Dolars Man', Dato' Tajuddin Rahman.

Keputusan pilihanraya, PKR menang 7 dari 20 kerusi yang ditandingi, PAS 6 dari 21 dan DAP menang di semua 18 kerusi yang ditandinginya. Kerana tak ada calon yang layak, Menteri Besar bukan dari PKR. Kapten (B) Usaili, Mustaffa Kamil Ayub dan Ustaz Zul kalah kepada UMNO masing-masing di Bota, Sungai Manik dan Manong. Kalau PKR ada calon sesuai, tentu kerusi MB Perak diduduki orang PKR

Tapi semua tu setahun lepas. Kini, YB Kapten (B) Osman Jailu dan YB Jamaluddin lompat keluar PKR. Bersama YB Hee dari Jelapang mereka menyokong BN membentuk kerajaan baru Perak. Yang aku dengar BN dapat ambil alih kerajaan Perak selepas krisis dalaman di PKR sendiri. .Sebelum krisis Perak terjadi, Hj Osman dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Untuk membantu YB Jamaludin yang jadi Timbalan. Eh sihat pulak. Khabarnya akan pindah ke Ipoh untuk tumpukan dan membantu PKR Perak. Selepas kerjaan PR tumbang, khabarnya juga ada yang dah beria-ia melobi untuk jadi calon ketua Bahagian Tanjung Malim, jadi calon di Behrang dan Cangkat Jering dan bermacam cerita lain. Kalau YB Nizar menang kes di mahkamah akan ada pilhanraya seluruh DUN negeri Perak. Siapa pulak Menteri Besar baru selepas pilihanraya itu nanti. Mereka yang kerja kuat sejak PRU12 Mac 2008 tempohari terus dihambat untuk menyelesaikan segala isu berkaitan. Tak sempat pun mereka ni nak berkira strategi politik mereka agaknya. Atau pun mereka tak ada pilihan lain tapi masuk sama ke gelanggang, sama-sama bersilat. Ini habuan besar menanti!

Nampak macam ada pihak yang menangguk di air keroh. Atau pun ada yu yang dah dan akan kenyang bila jong dah pecah. Jangan-jangan ada orang dalam jong kita yang kerjanya mengorek buritan jong kita. Elok kita pakat cari cukung-cukung tu, campak ke laut sebelum kita karam ditelan yu.

Tuesday 17 February 2009

Gambar Anwar Kencing Berdiri.

Anwar Ibrahim letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh bila gambar beliau sedang kencing berdiri disebarkan di media, internet dan MMS. Perghh. Sensasi tak cerita di atas. Orang UMNO hangpa pi cari ler gambar tu sebarkan cukup-cukup. Dah politik hangpa jenis yang sedemikian.

Inilah reality politik Malaysia. Elizabert Wong menawarkan diri letak jawatan kerana gambarnya yang sedang tidur berbogel disebarkan kepada umum.

Politik Malaysia tidak mengajukan soalan bagaimana gambar itu diambil, siapa dalang disebalik gambar itu. Polis pun tak habih siasat lagi. Sebaliknya riuh rendah menyuruh letak jawatan. Ceteknya politik kita.

Apa isunya di sini? Moral? Bukankah perlu diselidiki sedalam-dalamnya perbuatan orang yang dituduh tidak bermoral sebelum hukuman dijatuhkan. Bukankah suatu yang maha tidak adil kalau kita menghukum individu yang sewajarnya diberi ruang persendirian mereka sebelum hukuman dijatuhkan.

Kalau puak-puak tu yang buat perkara yang sah tak senonoh, cover habihhh. Letih dengan politik Malaysia. Sampai bila kita terus nak jadi begini. Jauh kita tertinggal dari sudut kematangan berpolitik. Konon orang kita dan sampai ke bulan. Infrastruktur negara 1st class. Pikiran ahli politik kita macam Mugabae. Macam hampehhh.

Tuesday 10 February 2009

Pembela Melayu?




Pagi tadi bersembang dengan Tronge di kedai mamak di Sec 13, di Shah Alam. Tronge ni orang Pendang. Jadi aku pun tanya dia berkenaan Adun Bukit Selambau yang letak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Kedah. Tak banyak sangat cerita pasal Kedah yang nak dikongsi. Tapi katanya ini lah orang yang ada prinsip. Aku kata tunggu dulu. Sehari dua ni mungkin keluar cerita lain.


Selebihnya bercerita pasal Perak. Kata Tronge cerita Perak jauh bezanya dengan cerita Kedah. Katanya, dari 28 ADUN tu 27 Melayu UMNO. Kata orang UMNO, peralihan kuasa memerintah tu dari Bukan Melayu ke Melayu. Tu yang DYMM Sultan Azlan perkenankan rampasan kuasa Najib tu.


Bab ni memang buat aku panasss. Aku rakyat Perak, umur dah nak masuk setengah abad. Dengan jelas aku boleh rasa apa yang Kerajaan PR buat 11 bulan lepas berbanding yang Kerajaan BN buat sejak 50 tahun dulu. Cukung-cukung yang dapat manfaat dari kerajaan BN Perak di kampong aku semuanya kaki jilat dan ampu UMNO. Bukan orang kebanyakan pun.


Ada orang tak percaya kat kampong aku ada orang yang kena lap ( dgn guni beras ) pokok getah untuk menorah selepas hujan semalam. Ini kata ayah aku pernah berlaku dulu di awal tahun-tahun 70an. Dia pun kesal lepas 50 tahun merdeka perkara yang sama masih berlaku. Orang ni sebelum ni tak dikesahkan walaupun kampong aku tu dalam DUN YB Ramli Ngah Talib lepas tu YB Dato’ Ainon. Sejak lepas kerajaan PR memerintah di Perak, ( YB Dr Noor Ashikin, menantu Dato’ Ainon, UMNO) orang yang lap pokok getah ni berubah sikit hidupnya. Dapat bantuan dari PAS kawasan untuk baiki rumah, dan dapat modal untuk kerjakan tanah sawahnya yang dah sekian lama terbiar.


Pagi tadi tinggal aku sorang-sorang bila Tronge kena jumpa orang pasal business dia. Aku nak cari jawapan pasal hujah dia peralihan kuasa di Perak dari bukan Melayu ke Melayu. Cehhh tak habih-habih politik perkauman. Orang kulit hitam dah boleh jadi President Amerika Syarikat, kita masih lagi cakap pasal Melayu dan Bukan Melayu. Sapa pun yang memerintah bukan ker tanggung jawabnya tolong rakyat yang susah, buat pemerintahan yang adil dan saksama tanpa pilih bulu dan rupa Tak kira lah Melayu ke bukan Melayu. Kalau tak jalankan tanggung jawab ni kerajaan cap apa pun wajib kita tukar. Ini asal nama Melayu kita terima jer. Biar pun dia ni jenis makan babi jer tidak, tapi duit haram dia balun semacam jer…


Aku betul-betul hangat hati kerana orang melayu masih lagi termakan dengan buah ranum ketuanan melayu ni. Sebenarnya ini buah yang telah sekian lama memabukkan kita. Membuatkan kita mengiyakan saja perlakuan pemimpin politik selama ini. Apa yang nak di tuan-tuankan sangat.Pada aku mudah saja. Pasal aku Melayu aku dapat tanah, kalau tak diusahakan aku dok kat situ jugak ler. Pasal aku Melayu aku dapat project, kalau sekadar ambik komisen, tak ke mana jugak ekonomi orang Melayu. Yang pastinya ketuanan Melayu ni yang jadikan kita makin layu. Tak mampu bersaing.


Kalau nak kata UMNO pembela orang Melayu dan Raja-raja Melayu, dan Raja-raja Melayu pembela orang Melayu elok ler korang baca posting berikut, disini


Tapi biasa ler, orang Melayu cakap ler kita sampai berbuih mulut.

Dia tetap kata ' Takkan UMNO nak tipu Melayu, Kan UMNO tu parti orang Melayu'

Monday 9 February 2009

Tuah dan Jebat Di Perak Darul Ridzuan

Hebat kesah Tuah dan Jebat di Perak seminggu dua ni

Aku kesal dgn yang mereka yg bermain aci lut di koridor kuasa. Tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan kita, rakyat. Asal saja dapat habuan untuk temolok sendiri, persetanlah apa pun nak jadi pada negara, bangsa dan masa depan anak2 kita.

Apakah kalau aku ada RM 15 juta aku boleh pulak menyogok ADUN2 di Negeri Sembilan dan membentuk kerajaan aku di sana. Atau aku mintak bantuan US supaya boleh aku beli 40 MP BN melompat ke PR supaya Anwar boleh jadi PM. Seorang MP tu aku kasi USD 500juta. Banyak sangat tu!!! Rasanya USD 5 juta (RM 20 juta) sorang pun dah cukup. Jumlahnya baru USD 200 juta. Woww USD 200 juta (RM 700 juta) untuk sebuah negara. Untung Petronas tahun 2008 pun tak kurang dari RM 70bil. Nanti aku suruh Anwar trade off jer Petronas untuk bayar balik USD 200 juta tu. Tapi kalau nilai sebegitu tak payah tunggukan US, Singapore yang tak der minyak tu pun pasti berminat. Mak datukkk. kecik dan murahnya nilai negara kita.












pic by: Hannah Yeoh Blog



Ehhh sekejap. Kalau beli satu Dewan Parlimen dengan YB Tan Sri Pendikar Amin Mulia, Speaker Dewan Rakyat tu sekali baru USD 1 bil jer. Yer lah aku beli semua 200 kerusi parlimen, tiap satu berharga USD 5 juta. Macam beli team EPL Manchester City pulak.

Inilah yang disebut orang bahawa 'hilang maruah hilang segala'. Analisis di atas menunjukkan betapa harga diri dan maruah lebih berharga dari segala-galanya. Dalam hal ini aku heran mengapa orang yang bukan Islam, atau kadang2 tiada pegangan ugama pun lebih mementingkan maruah dan integriti dari kita orang melayu Islam. Kita dengar pemimpin di US, Jepun Korea dan negara bukan Islam lain letak jawatan, atau kadang2 bunuh diri bila di tuduh rasuah. Tak gaduh nak pertahankan atau tunggu sampai 'proven guilty' oleh mahkamah. Ini kita, sogok menyogok, terima dan amal rasuah di buat terang-terangan tanpa sedikit pun rasa malu atau bersalah. Rendah benar harga diri dan maruah kita.

Ayuh kenkawan! Bila keadaan dah jadi begini, kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya. Pada diri kita tekatkan bahawa kita akan mempertahankan maruah dan harga diri kita. Biar kita terhina kerana tidak berharta, jangan kita terhina kerana tak punya maruah dan harga diri. Semaikan nilai yang sama kepada anak-anak kita. Ajak dan nasihati rakan taulan dengan cara yang paling berhemah. Katakan kepada mereka ini bukan perkara parti aku Pakatan Rakyat, Parti engkau Barisan Nasional. Perkara ini untuk masa depan kita bersama. Ini melibatkan maruah negara dan bangsa. Sebelum terlambat kitalah yang kena berusaha merubahnya. Mari kita sama2 tolak pemimpin yang walau dari parti mana pun kalau mereka memberi dan menerima rasuah. Kita hindarkan diri dari manusia yang tidak bermaruah. Biar pun manusia itu dari golongan istana yang telah berkurun berdaulat kononnya. Ini bukan mohon derhaka, tetapi harga diri dan maruah kita sebagai manusia.

Jika tidak !. Tunggulah masanya bila nanti negara kita tergadai. Masa itu harganya dijaja dengan nilai di sebut dollar, dinar, yen, rupee, won atau dolar Singapura. Masa itu kita tak mampu lagi menyebut 'hangpa buat ler aper pun, asal aku boleh cari makan'. Kerana masa itu anda tidak lagi kisahkan pasal cari makan, tapi anda melihat anak-anak anda lari mencari perlindungan dari hujan dan ledakan peluru. Masa itu segala yang anda bina semasa MENCARI MAKAN dulu telah berkecai semuanya menjadi abu.