Hebat kesah Tuah dan Jebat di Perak seminggu dua ni
Aku kesal dgn yang mereka yg bermain aci lut di koridor kuasa. Tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan kita, rakyat. Asal saja dapat habuan untuk temolok sendiri, persetanlah apa pun nak jadi pada negara, bangsa dan masa depan anak2 kita.
Apakah kalau aku ada RM 15 juta aku boleh pulak menyogok ADUN2 di Negeri Sembilan dan membentuk kerajaan aku di sana. Atau aku mintak bantuan US supaya boleh aku beli 40 MP BN melompat ke PR supaya Anwar boleh jadi PM. Seorang MP tu aku kasi USD 500juta. Banyak sangat tu!!! Rasanya USD 5 juta (RM 20 juta) sorang pun dah cukup. Jumlahnya baru USD 200 juta. Woww USD 200 juta (RM 700 juta) untuk sebuah negara. Untung Petronas tahun 2008 pun tak kurang dari RM 70bil. Nanti aku suruh Anwar trade off jer Petronas untuk bayar balik USD 200 juta tu. Tapi kalau nilai sebegitu tak payah tunggukan US, Singapore yang tak der minyak tu pun pasti berminat. Mak datukkk. kecik dan murahnya nilai negara kita.
pic by: Hannah Yeoh Blog
Ehhh sekejap. Kalau beli satu Dewan Parlimen dengan YB Tan Sri Pendikar Amin Mulia, Speaker Dewan Rakyat tu sekali baru USD 1 bil jer. Yer lah aku beli semua 200 kerusi parlimen, tiap satu berharga USD 5 juta. Macam beli team EPL Manchester City pulak.
Inilah yang disebut orang bahawa 'hilang maruah hilang segala'. Analisis di atas menunjukkan betapa harga diri dan maruah lebih berharga dari segala-galanya. Dalam hal ini aku heran mengapa orang yang bukan Islam, atau kadang2 tiada pegangan ugama pun lebih mementingkan maruah dan integriti dari kita orang melayu Islam. Kita dengar pemimpin di US, Jepun Korea dan negara bukan Islam lain letak jawatan, atau kadang2 bunuh diri bila di tuduh rasuah. Tak gaduh nak pertahankan atau tunggu sampai 'proven guilty' oleh mahkamah. Ini kita, sogok menyogok, terima dan amal rasuah di buat terang-terangan tanpa sedikit pun rasa malu atau bersalah. Rendah benar harga diri dan maruah kita.
Ayuh kenkawan! Bila keadaan dah jadi begini, kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya. Pada diri kita tekatkan bahawa kita akan mempertahankan maruah dan harga diri kita. Biar kita terhina kerana tidak berharta, jangan kita terhina kerana tak punya maruah dan harga diri. Semaikan nilai yang sama kepada anak-anak kita. Ajak dan nasihati rakan taulan dengan cara yang paling berhemah. Katakan kepada mereka ini bukan perkara parti aku Pakatan Rakyat, Parti engkau Barisan Nasional. Perkara ini untuk masa depan kita bersama. Ini melibatkan maruah negara dan bangsa. Sebelum terlambat kitalah yang kena berusaha merubahnya. Mari kita sama2 tolak pemimpin yang walau dari parti mana pun kalau mereka memberi dan menerima rasuah. Kita hindarkan diri dari manusia yang tidak bermaruah. Biar pun manusia itu dari golongan istana yang telah berkurun berdaulat kononnya. Ini bukan mohon derhaka, tetapi harga diri dan maruah kita sebagai manusia.
Jika tidak !. Tunggulah masanya bila nanti negara kita tergadai. Masa itu harganya dijaja dengan nilai di sebut dollar, dinar, yen, rupee, won atau dolar Singapura. Masa itu kita tak mampu lagi menyebut 'hangpa buat ler aper pun, asal aku boleh cari makan'. Kerana masa itu anda tidak lagi kisahkan pasal cari makan, tapi anda melihat anak-anak anda lari mencari perlindungan dari hujan dan ledakan peluru. Masa itu segala yang anda bina semasa MENCARI MAKAN dulu telah berkecai semuanya menjadi abu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment