Monday 8 March 2010

8th March 2008 to 8th March 2010


Pilihanraya 8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Daripada nisbah kiraan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat.

Selepas genap 2 tahun adakah rakyat telah membuat pilhan yang tepat? Adakah aspirasi dan harapan rakyat telah tidak diendahkan oleh yang menang atau telah dinafikan oleh yang berkuasa?

Kerajaan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan terus berusaha untuk memenagi hati rakyat yang dilihat beralih angin di pilihanraya 8 March 2008. Pakatan Rakyat pula cuba mengotakan janji yang telah diucapkan menjelang kemenangan mereka dulu.

2 tahun lagi rakyat akan membuat penghakiman sekali lagi. Yang menyedihkan padang permainan nampaknya semakin becak, penuh dengan najis lembu dan kambing dan amat menjijikkan. Sanggupkah rakyat menonton permainan ini sambil menutup hidung dari bau busuk pertarungan ini. Atau pun bau busuk ini disengajakan supaya tiada penonton yang berminat lagi dengan pertandingan ini.