Tuesday, 17 February 2009
Gambar Anwar Kencing Berdiri.
Inilah reality politik Malaysia. Elizabert Wong menawarkan diri letak jawatan kerana gambarnya yang sedang tidur berbogel disebarkan kepada umum.
Politik Malaysia tidak mengajukan soalan bagaimana gambar itu diambil, siapa dalang disebalik gambar itu. Polis pun tak habih siasat lagi. Sebaliknya riuh rendah menyuruh letak jawatan. Ceteknya politik kita.
Apa isunya di sini? Moral? Bukankah perlu diselidiki sedalam-dalamnya perbuatan orang yang dituduh tidak bermoral sebelum hukuman dijatuhkan. Bukankah suatu yang maha tidak adil kalau kita menghukum individu yang sewajarnya diberi ruang persendirian mereka sebelum hukuman dijatuhkan.
Kalau puak-puak tu yang buat perkara yang sah tak senonoh, cover habihhh. Letih dengan politik Malaysia. Sampai bila kita terus nak jadi begini. Jauh kita tertinggal dari sudut kematangan berpolitik. Konon orang kita dan sampai ke bulan. Infrastruktur negara 1st class. Pikiran ahli politik kita macam Mugabae. Macam hampehhh.
Tuesday, 10 February 2009
Pembela Melayu?
Pagi tadi bersembang dengan Tronge di kedai mamak di Sec 13, di Shah Alam. Tronge ni orang Pendang. Jadi aku pun tanya dia berkenaan Adun Bukit Selambau yang letak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Kedah. Tak banyak sangat cerita pasal Kedah yang nak dikongsi. Tapi katanya ini lah orang yang ada prinsip. Aku kata tunggu dulu. Sehari dua ni mungkin keluar cerita lain.
Bab ni memang buat aku panasss. Aku rakyat Perak, umur dah nak masuk setengah abad. Dengan jelas aku boleh rasa apa yang Kerajaan PR buat 11 bulan lepas berbanding yang Kerajaan BN buat sejak 50 tahun dulu. Cukung-cukung yang dapat manfaat dari kerajaan BN Perak di kampong aku semuanya kaki jilat dan ampu UMNO. Bukan orang kebanyakan pun.
Pagi tadi tinggal aku sorang-sorang bila Tronge kena jumpa orang pasal business dia. Aku nak cari jawapan pasal hujah dia peralihan kuasa di Perak dari bukan Melayu ke Melayu. Cehhh tak habih-habih politik perkauman. Orang kulit hitam dah boleh jadi President Amerika Syarikat, kita masih lagi cakap pasal Melayu dan Bukan Melayu. Sapa pun yang memerintah bukan ker tanggung jawabnya tolong rakyat yang susah, buat pemerintahan yang adil dan saksama tanpa pilih bulu dan rupa Tak kira lah Melayu ke bukan Melayu. Kalau tak jalankan tanggung jawab ni kerajaan cap apa pun wajib kita tukar. Ini asal nama Melayu kita terima jer. Biar pun dia ni jenis makan babi jer tidak, tapi duit haram dia balun semacam jer…
Aku betul-betul hangat hati kerana orang melayu masih lagi termakan dengan buah ranum ketuanan melayu ni. Sebenarnya ini buah yang telah sekian lama memabukkan kita. Membuatkan kita mengiyakan saja perlakuan pemimpin politik selama ini. Apa yang nak di tuan-tuankan sangat.Pada aku mudah saja. Pasal aku Melayu aku dapat tanah, kalau tak diusahakan aku dok kat situ jugak ler. Pasal aku Melayu aku dapat project, kalau sekadar ambik komisen, tak ke mana jugak ekonomi orang Melayu. Yang pastinya ketuanan Melayu ni yang jadikan kita makin layu. Tak mampu bersaing.
Kalau nak kata UMNO pembela orang Melayu dan Raja-raja Melayu, dan Raja-raja Melayu pembela orang Melayu elok ler korang baca posting berikut, disini
Tapi biasa ler, orang Melayu cakap ler kita sampai berbuih mulut.
Dia tetap kata ' Takkan UMNO nak tipu
Monday, 9 February 2009
Tuah dan Jebat Di Perak Darul Ridzuan
Aku kesal dgn yang mereka yg bermain aci lut di koridor kuasa. Tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan kita, rakyat. Asal saja dapat habuan untuk temolok sendiri, persetanlah apa pun nak jadi pada negara, bangsa dan masa depan anak2 kita.
Apakah kalau aku ada RM 15 juta aku boleh pulak menyogok ADUN2 di Negeri Sembilan dan membentuk kerajaan aku di sana. Atau aku mintak bantuan US supaya boleh aku beli 40 MP BN melompat ke PR supaya Anwar boleh jadi PM. Seorang MP tu aku kasi USD 500juta. Banyak sangat tu!!! Rasanya USD 5 juta (RM 20 juta) sorang pun dah cukup. Jumlahnya baru USD 200 juta. Woww USD 200 juta (RM 700 juta) untuk sebuah negara. Untung Petronas tahun 2008 pun tak kurang dari RM 70bil. Nanti aku suruh Anwar trade off jer Petronas untuk bayar balik USD 200 juta tu. Tapi kalau nilai sebegitu tak payah tunggukan US, Singapore yang tak der minyak tu pun pasti berminat. Mak datukkk. kecik dan murahnya nilai negara kita.
pic by: Hannah Yeoh Blog
Ehhh sekejap. Kalau beli satu Dewan Parlimen dengan YB Tan Sri Pendikar Amin Mulia, Speaker Dewan Rakyat tu sekali baru USD 1 bil jer. Yer lah aku beli semua 200 kerusi parlimen, tiap satu berharga USD 5 juta. Macam beli team EPL Manchester City pulak.
Inilah yang disebut orang bahawa 'hilang maruah hilang segala'. Analisis di atas menunjukkan betapa harga diri dan maruah lebih berharga dari segala-galanya. Dalam hal ini aku heran mengapa orang yang bukan Islam, atau kadang2 tiada pegangan ugama pun lebih mementingkan maruah dan integriti dari kita orang melayu Islam. Kita dengar pemimpin di US, Jepun Korea dan negara bukan Islam lain letak jawatan, atau kadang2 bunuh diri bila di tuduh rasuah. Tak gaduh nak pertahankan atau tunggu sampai 'proven guilty' oleh mahkamah. Ini kita, sogok menyogok, terima dan amal rasuah di buat terang-terangan tanpa sedikit pun rasa malu atau bersalah. Rendah benar harga diri dan maruah kita.
Ayuh kenkawan! Bila keadaan dah jadi begini, kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya. Pada diri kita tekatkan bahawa kita akan mempertahankan maruah dan harga diri kita. Biar kita terhina kerana tidak berharta, jangan kita terhina kerana tak punya maruah dan harga diri. Semaikan nilai yang sama kepada anak-anak kita. Ajak dan nasihati rakan taulan dengan cara yang paling berhemah. Katakan kepada mereka ini bukan perkara parti aku Pakatan Rakyat, Parti engkau Barisan Nasional. Perkara ini untuk masa depan kita bersama. Ini melibatkan maruah negara dan bangsa. Sebelum terlambat kitalah yang kena berusaha merubahnya. Mari kita sama2 tolak pemimpin yang walau dari parti mana pun kalau mereka memberi dan menerima rasuah. Kita hindarkan diri dari manusia yang tidak bermaruah. Biar pun manusia itu dari golongan istana yang telah berkurun berdaulat kononnya. Ini bukan mohon derhaka, tetapi harga diri dan maruah kita sebagai manusia.
Jika tidak !. Tunggulah masanya bila nanti negara kita tergadai. Masa itu harganya dijaja dengan nilai di sebut dollar, dinar, yen, rupee, won atau dolar Singapura. Masa itu kita tak mampu lagi menyebut 'hangpa buat ler aper pun, asal aku boleh cari makan'. Kerana masa itu anda tidak lagi kisahkan pasal cari makan, tapi anda melihat anak-anak anda lari mencari perlindungan dari hujan dan ledakan peluru. Masa itu segala yang anda bina semasa MENCARI MAKAN dulu telah berkecai semuanya menjadi abu.