Sunday, 19 December 2010

Kongsikan persamaan, bertolak ansur menangani perbezaan



Awal pagi Ahad yang indah saya terbaca yang berikut di wall FB seorang kawan


'Just to share...balik dari johor dan on de way ke sepang. tayar kereta pancit di seremban 2. 1 indian famli yg hon kita org inform hal tu. Kebetulan kita org sama2 stop kat traffic light. Then we stop kat susur jalan. Famli india tu pun turut berenti. Dia and anak lelaki teenage klua siap dgn tools. Sama2 buka tyre. Memandangkan our spare tyre not really good condition, dia and wife tolong bawakkan tyre to gi repair. Dia suruh kita org & his son jaga kat kreta je. After around 15 minit dia sampai dgn tyre yg telah dibaiki. Skali lagi kita sama2 pasang tyre tu. Setelah selesai kita nak bayar segala cost repair and penat lelah dia. Sampai sudah dia x nak ambik duit dan dia kata dia tolong dgn ikhlas. Kemudian dia bawak tunjukkn jalan memandangkan kita org not really familiar dgn area tu. Tak habih situ je...after few ahours dia call bertanya samada kita dah selamat sampai. Learn something...'


Saya terharu membacanya. Pengalaman begini pernah saya rasa cuma tidak saya direkodkan. Saya abadikan catatan kawan saya itu di wall saya.

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=185158684827792&id=1345508081&notif_t=feed_comment


Rupa-rupanya bukan saya sahaja yang pernah mengalami pengalaman begitu. Seorang kawan menulis,

'Mus. I have seen the same in Cameron Highlands. Seorang peniaga sayur cina tolong tukarkan bateri kereta pengusaha landskap melayu dari sg buloh. Dia sanggup ambik bateri dari landrover dia, pasang pada kereta yang tak boleh start tu. Ketika tu hujan sangat lebat. Tiada payung. Tiada wang bertukar tangan. Hanya senyum dan berjabat tangan'


Seorang kawan lain pula menulis begini,

'rumah ibubapa aku sebelah rumah india..sebelah melayu..depan india...bila mak sorang ....depa datang teman mak aku...kalau hujan tolong angkat kain..tolong sapu lagi di laman...masyaallah..melayu disebelah nak jenguk pun jarang...bisnes konon.baru baru ni dah kena cekup.dek polis..nampaknya begitulah hakikat sebenarnya yang non muslim kadang kadang lebih mulia akhlak dari sesetangah kita....


Saya percaya 3 cerita di atas adalah cerita benar yang dialami rakyat Malaysia. Cerita-cerita yang patut dibanggakan, diketengah dan diheboh-hebohkan. Semangat Perpaduan dikalangan rakyat Malaysia amat membanggakan. Persamaan dan persefahaman yang perlu kita war-warkan sambil menangani dan bertolak ansur dengan perbezaan sebaik mungkin. Jangan kita terpengaruh dengan dakyah perkauman yang sempit yang mahukan kita saling mencurigai antara satu dengan yang lain. Persengketaan sesama rakyat tidak menguntungkan sesiapa. Ingat, betapa penjajah Inggeris dahulu membahagi-bahagikan kita supaya mereka kekal berkuasa.


Saya tidak bercadang untuk melihat perkara di atas dari perspektif bangsa yang berlainan, tetapi pesan seorang rakan seperti di bawah cukup meninggalkan kesan kepada saya

'nabi pernah bersabda "kebijaksaan itu adalah barang yg tercicir dari org mukmin, siapa yg terjumpa maka dia berhak memilikinya"..moga cerita2 sebegini menjadi pengajaran bagi org islam utk mencerminkan akhlak sebenar yg diajar islam [correct me if i'm wrong]'