Sunday, 21 November 2010

Pemilihan PKR 2010.




Tuan-tuan Yang Berjawatan di PKR,

Saya warga negara Malaysia, berumur lebih 40tahun, telah melihat secara dekat perjalanan politik di tanahair tercinta ini lebih dari 20 tahun. 6 pilihanraya sekurang-kurangnya saya terlibat secara dekat. Di Malaysia ini, sejak merdeka, mengharapkan parti pemerintah melakukan sesuatu untuk kemakmuran dan kesejahteraan negara samalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Sejak merdeka juga pemerintah kekal dari parti politik yang sama. Parti ini telah membusuk sehingga ke usus dan mustahil diperbaiki. Seluruh sistemnya telah lumpuh. Semua peringkat parti tersebut telah dicemari rasuah demi mengekalkan kuasa.

Tuan-tuan Yang Berjawatan di PKR

Sebaik pilihanraya 2008 seolah-olah nampak sinar cahaya di hujung terowong yang sempit dan gelap. Kesepaduan gabungan yang menentang BN memberikan pilihan kepada orang seperti saya yang telah muak dengan tipu belit BN. Sekurang-kurangnya orang seperti saya yang berpendirian "asal bukan BN" ada ruang untuk serta dalam pilihanraya 2008 tersebut dan pilihanraya yang akan datang. Tambah memberangsangkan seolah-olah politik Malaysia benar-benar berteraskan prinsip dan nilai. Bukan lagi politik perkauman sempit, politik ampu, adu-domba dan politik ugutan. Wah Malaysia menuju ke arah negara yang lebih demokratik! Mari sama-sama berusaha menguburkan BN dan komponen-komponennya. Katakan selamat tinggal kepada politik sempit dan memualkan yang selama ini dibawa dan didomonasi BN.

Tuan-tuan Yang Berjawatan di PKR

Pemilihan PKR 2010. Riuh rendah pemilihan PKR membangunkan seluruh rakyat Malaysia. Semua menanti dengan penuh minat apa yang bakal terjadi. Lebih menarik ini pemilihan oleh ahli secara langsung. Satu ahli satu undi, gah bunyinya! Pilihanraya Umum (PRU) Malaysia pun sekadar memilih wakil di Parlimen. Wakil-wakil di Parlimen ini yang memilih antara mereka untuk menjadi pemimpin no 1 negara. PKR lebih hebat dari itu. Tiap ahli mengundi secara langsung memilih orang no 1, no 2 no 3 dan seterusnya dalam parti. Serentak dengan pemilihan peringkat akar umbi, kepimpinan cabang. Saya tak bertanding. Tak memilih pun. Ahli pun tidak! Namun begitu pemilihan ini tetap penting untuk orang seperti saya.

Tuan-tuan Yang Berjawatan di PKR

Sayangnya percikan dan dentuman bunya api semasa pemilihan tersebut bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Pemilihan kepimpinan peringkat cabang diwarni dengan kekecohan. Ahli-ahli mendakwa ada calon kepimpinan cabang membeli undi. Mereka yang tidak layak mengundi dibawa masuk dan dibenarkan mengundi. Senarai keahlian yang disahkan ibupejabat parti meragukan. Pengiraan undi dibuat seperti proses pengiraan undi Pilihanraya umum 70an. Lampu padam sedang pengiraan dibuat. Kotak kertas undi dilarikan dan bermacam dakwaan lain. Dakwaan-dakwaan ini sebahagiannya dilaporkan secara rasmi ke ibupejabat. Sebahagian yang lain dilaporkan di dalam media dan blog. Sudah semestinya media-media BN dan Umno mengembar-gemburkan isu ini semaksimum mungkin, this is their cup of tea. Menjelang Isnin setiap minggu pemilihan, Setiausaha Agong PKR menafikan kekecohan tersebut dan mendakwa kekecohan in adalah kerja orang-orang dari luar parti. Pemilihan peringkat cabang diteruskan sambil pencalonan untuk peringkat nasional dibuat.

Tuan-tuan Yang Berjawatan di PKR

Pemimpin cabang yang ditaja oleh pemimpin tertentu di pusat mendapat kemenangan yang boleh dipertikaikan, dakwa pemimpin dan ahli di akar umbi. Pencalonan yang dibuat oleh cabang-cabang tertentu didakwa tidak mengikut peraturan yang sepatutnya. Pimpinan tertinggi PKR didakwa merestui calon tertentu dan menidakkan calon tertentu. Kemudian dari itu, calon yang bertanding kerusi tertinggi parti menyuarakan perkara-perkara tersebut. Ada yang melalui saluran parti yang betul ada yang melalui media perdana yang sememangnya musuh ketat PKR. Namun begitu suatu yang pasti sehingga pemilihan peringkat cabang tamat, tiada sebarang hasil siasatan terhadap dakwaan-dakwaan salahlaku pemilihan cabang dilaporkan oleh ibupejabat PKR. Yang terdengar hanyalah kepimpinan tertinggi parti menyalahkan calon jawatan tinggi menggunakan media BN/Umno menyerang PKR! Malah terdengar cadangan supaya calon ini ditendang keluar dari PKR.

Tuan-tuan Yang Berjawatan di PKR

Seterusnya pemilihan peringkat nasional dijalankan. Setiap minggu disensasikan dengan kekecohan. Ada dakwaan senarai yang mengundi melebihi senarai kehadiran. Peratusan keluar mengundi purata di seluruh negara dibawah 10%, tetapi di cabang tertentu peratus keluar mengundi melebihi 70%! Ada dakwaan kertas undi boleh dijual beli sebelum hari pengundian. Seperti sebelum ini, dakwaan-dakwaan ini dinafikan tanpa menjanjikan siasatan atau menunggu hasil siasatan. Sampai hari mengundi. sebahagian kecil ahli keluar mengundi. Calon terus mendapat undi. Calon menyuarakan bantahan. Penyokong membuat demo bantahan. Memo bantahan dikemukakan. Calon menarik diri. Calon memberikata dua. Bla bla bla..

Tuan-tuan Yang Berjawatan di PKR

Hari ini hari terakhir pemilihan PKR2010. Minggu hadapan keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan. Soalannya adakah pemilihan PKR 2010 benar-benar pemilihan yang adil dan telus? Bukankah melaksanakan ketelusan dan keadilan itu hendaklah diperlihatkan? Bukankah sebarang keraguan dalam proses pemilihan tersebut menyebabkan pemilihan tersebut tidak dilihat telus? Adakah keadilan dan ketelusan telah dipersembahkan sebaik-baiknya kepada calon, penyokong, ahli parti dan tukang sorak serta penonton pemilhan ini?

Tuan-tuan Yang Berjawatan di PKR,
Soalan yang lebih besar ialah; bukankah pemilihan 2010 diharap dapat memikat rakyat Malaysia kepada PKR? Bukankah pemilihan 2010 ini adalah peluang untuk menunjukkan betapa PKR adalah sebuah parti yang ditubuhkan dari asas integriti, ketelusan dan keadilan? Jangan sia-siakan peluang ini. Sesungguhnya keyakinan rakyat kepada PKR tidak mudah untuk dikembalikan kesan dari drama pemilihan ini.

Tuan-tuan Yang Berjawatan di PKR,

Tiada manusia yang serba lengkap. Mengakui kesilapan bukan perkara jijik dan memalukan. Membuat pembetulan bukan hanya kerja anak-anak sekolah selepas ditegur oleh guru mereka. Membetulkan apa yang dilihat tidak telus dan tidak adil semasa pemilihan PKR 2010 bukan bermakna PKR berundur dalam perjuangannya menegakkan keadilan. Malah tindakan ini akan menjadi sanjungan rakyat yang telah sekian lama mengharapkan perubahan.

Jika TIDAK, PKR tidaklah ada bezanya tetapi masih juga seperti mereka-mereka yang telah sekian lama busuk lagi memualkan!

Wednesday, 3 November 2010

Rasuah- Everyone else is doing it what?


"Awak mahu pakej yang mana? Kalau pakej biasa begini bayarannya. Kalau pakej gerenti lulus, bayar lebih sikit"

"Kenapa pulak kena bayar lebih?"

"Kita ada buat arrangement dengan tester. Sekali test sure lulus"

"Ini test awak yang ke 6. Tiap kali test awak bayar RM60.00. Kalau awak bayar extra ambil pakej jamin lulus, berapa banyak dah awak boleh jimat?" kata pegawai JPJ yang duduk dibelah semasa ujian memandu.

"Awak kena ulang alik untuk ambil test banyak kali. Itu belum lagi masa, stress yang awak terpaksa hadapi" sambungnya lagi

"Hampehh, pakej jamin lulus tu ada unsur rasuah. Duit extra tu untuk bayar pegawai JPJ yang kendalikan ujian tersebut, biar lah berapa kali pun aku terpaksa lalui ujian ini, asal aku tak terlibat dengan jijik dan busuk rasuah" sekadar menyatakanya di dalam hati.

Yang herannya kegiatan sendikit ini telah sekian lama beroperasi. Mana penguatkuasa mencegah rasuah? Seingat aku ini telah berlaku semasa aku ambil lesen di Pulau Pinang dulu. Selepas 20 tahun rupanya perkara tersebut masih berlaku. Baru-baru ini di Nilai anak saudara perempuan aku mengalami peristiwa di atas.

Aku di ajukan solan berikut;

'If you were stopped by a cop and was caught for not wearing a seat belt, what would you do? – bribe, pay RM30 and move on with your life, or get a ticket, go through the hassle of appealing and pay a penalty of RM300? Obviously if you were smart, you'd bribe'.

Ini rasuah bersekala kecil. Bagaimana dengan rasuah bersekala besar? Rasuah melibatkan tanah balak beribu ekar, tanah lombong pasir, kelulusan pembangunan dan sebagainya. Rasuah telah berakar umbi hingga keusus rakyat Malaysia. Semuanya untuk kerja mudah dan untung cepat. Sebabnya penguasa dan penguatkuasa yang tidak amanah. Mentkedarah rasuah untuk diri, isteri dan anak-anak. Duit itulah yang menjadi darah daging membesarkan sebahagian besar anggota masyarakat.

Pelajaran pertama aku berkenaan rasuah semasa belajar di universiti. Seorang pegawai di DBKL menasihatkan aku semasa latihan praktikal di awal tahun 90an,

'Ambil jer, kalau nak harapkan gaji saja mana cukup. Semua ni serupa hadiah sahaja. Awak cuma perlu segerakan memproses permohonan dia. Yang meluluskan bukan kita, pihak atasan. Dia orang kat atas tu lagilah besar habuan mereka'

"Dia orang tu sampai boleh pergi dan balik kerja terus dari Genting Highland dengan duit begini"

Baru-baru ni seorang rakan yang berjaya dalam dunia business menyebut begini;

'Everyone else is doing it. If you don't do it, you are the one who will suffer. Anybody who refuses to engage in corruption in our society is backward in thinking, and they will never succeed'.