Wednesday, 11 August 2010

Pelajar terlalu muda untuk melibatkan diri dengan politik, bagaimana dengan yang terlampau tua?

Ada pemimpin besar baru-baru ini menyebut 'Students should not involve themselves with politics during their studies'.

Pelajar disekat menyertai politik walau pun mereka layak mengundi sebaik berumur 21 tahun. Ini bermakna sekurang-kurangnya pada pilihan raya pertama mereka layak mengundi, mereka ‘tidak berhak’ berkata apa-apa tentang politik, tetapi dalam masa yang sama pilihan mereka akan menentukan pemerintahan negara untuk tempoh 5 tahun kemudian. Dalam tempoh 5 tahun itulah pelajar ini akan menghabiskan tempoh pembelajaran mereka, mencari peluang pekerjaan dan memulakan hidup. Menghairankan? Tidak di Malaysia!

Malah ini juga bukan perkara baru. Sekian lama perkara ini disebut oleh pemimpin politik. Berbagai undang-undang dan akta dikuatkuasakan memenuhi saranan pemimpin yang sebenarnya gila kuasa ini. Pelajar tidak di benarkan menyertai politik kerana golongan rakus ini khuatir pelajar yang terbuka luas minda mereka akan terkehadapan dalam menerangkan kepada masyarakat kebobrokan yang dilakukan selama ini. kepada ahli politik yang berkuasa, selagi manusia cerdik tidak menyertai politik selagi itu lah mereka beraja dimata bersultan dihati. Meneruskan penguasaan ini, mereka akan berbuat apa saja menjamin status quo mereka.

Dalam keadaan biasa, kebanyakan pemimpin samaada di Asia atau di seluruh dunia lahir ketika mereka di bangku universiti. Di sini pelajar-pelajar belajar bercampur, berbincang, bertukar-tukar fikiran. Di sini mereka membentuk peribadi menjalani proses ‘pendewasaan’ ke arah menjadi pemimpin dengan kebolehan dan peranan masing-masing. Di Malaysia, perkara sebaliknya yang berlaku, kita berada dalam keadaan dimana pemimpin yang tidak berkualiti menguasai pentas politik kita. Bukan setakat kelulusan akademik, malah pemikiran mereka juga jauh tertinggal di belakang.

Apa yang menarik, pernyataan di atas di sebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Ke 5. Berumur LEBIH 80 tahun. Kalau Tun menyebut ‘Students should not involve themselves with politics during their studies’, Bagaimana pula dengan saranan ini? ‘Not only students should not be involved in politics, but also retirees above 80, lest they forget what they're saying’.Itu agaknya ada yang menyebut ‘The longer Mahathir lives to talk nonsense, the worse this country is becoming

1 comment:

Anonymous said...

mereka yang tidak menjadi mahasiswa lebih beruntung kerana berumur 21 tahun, bebas terlibat dengan politik dan berhimpun.

Ini maknanya kerajaan TIDAK meletakkan mahasiswa sebagai agen intelektual seperti yang dibuat oleh negara-negara maju. Pandangan dan saranan mahasiswa diambilkira dan dihargai.