Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam membuat cabaran kepada semua rakyat Malaysia - "jika tidak mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), maka bersatulah menentangnya"
Dalam masa yang sama, siapalah yang lebih malang dari bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin akibat akta yang zalim kuku besi ini. Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 hari mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Sepanjang tahanan itu, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing.
Mahkamah Persekutuan mengenepikan permohonannya untuk mendapatkan gantirugi sebanyak RM2.5 juta yang dianugerahkan kepadanya oleh Mahkamah Tinggi pada 2007. Selain dinafikan gantirugi itu, Abdul Malek juga diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden. Iaitu Rahim Noor bekas Ketua Polis negara yang didapati bersalah memukul Anwar di lokap danBorhan Daud, seorang pegawai cawangan khas yang didakwa Abdul Malek menderanya ketika di dalam tahanan.
Tan Sri Hasmy Agam, bekas diplomat negara, secara sambil lewa menyebut 'Malaysia tanpa ISA adalah situasi yang ideal tetapi mengakui ia tidak semudah itu. Hak asasi akan hanya diletakkan di tempatnya yang sewajar di negara ini, apabila semua pihak, bermula daripada kanak-kanak sekolah sehingga pegawi penguatkuasa memahami hak masing-masing'
Seperti biasa alasan lapuk bahawa kerajaan dan polis mempunyai beberapa justifikasi bagi mengekalkan ISA kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan yang kompleks. Momokan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 seringkali dijadikan alasan supaya ISA terus dikekalkan. Walhal ISA ini adalah tinggalan penjajah. Dunia sudah jauh berubah. Darurat sudah berakhir. Tidak ada lagi komunis. Mengapa ISA perlu dikekalkan? Malaysia mempunyai undang-undang lain bagi menjamin ketenteraman awam dan keamanan. Undang-undang hasutan, akta polis cukup sediaada sudah cukup ketat menjamin semua itu. Jika perlu mungkin juga adakan akta anti-pengganas.
Yang penting perlu ada iltizam yang kuat dari semua pihak. Kalau pengerusi Suhakam, kononnya untuk memantau hak asasi manusia di Malaysia dilantik dari kalangan orang seperti Tan Sri Hasmy Agam, iltizam kerajaan masih jauh dari yang diharapkan. Kalau seorang bekas peguam yang mengaku pernah merasuah pegawai mahkamah boleh dilantik menjadi Ketua Hakim Negara, tidak mustahil juga pegawai cawangan khas, Borhan Daud, yang didakwa Abdul Malek Hussin menderanya dilantik menjadi Pengerusi Suhakam suatu hari nanti. Inikan Malaysia. Segalanya serba boleh!
No comments:
Post a Comment