"Awak mahu pakej yang mana? Kalau pakej biasa begini bayarannya. Kalau pakej gerenti lulus, bayar lebih sikit"
"Kenapa pulak kena bayar lebih?"
"Kita ada buat arrangement dengan tester. Sekali test sure lulus"
"Ini test awak yang ke 6. Tiap kali test awak bayar RM60.00. Kalau awak bayar extra ambil pakej jamin lulus, berapa banyak dah awak boleh jimat?" kata pegawai JPJ yang duduk dibelah semasa ujian memandu.
"Awak kena ulang alik untuk ambil test banyak kali. Itu belum lagi masa, stress yang awak terpaksa hadapi" sambungnya lagi
"Hampehh, pakej jamin lulus tu ada unsur rasuah. Duit extra tu untuk bayar pegawai JPJ yang kendalikan ujian tersebut, biar lah berapa kali pun aku terpaksa lalui ujian ini, asal aku tak terlibat dengan jijik dan busuk rasuah" sekadar menyatakanya di dalam hati.
Yang herannya kegiatan sendikit ini telah sekian lama beroperasi. Mana penguatkuasa mencegah rasuah? Seingat aku ini telah berlaku semasa aku ambil lesen di Pulau Pinang dulu. Selepas 20 tahun rupanya perkara tersebut masih berlaku. Baru-baru ini di Nilai anak saudara perempuan aku mengalami peristiwa di atas.
Aku di ajukan solan berikut;
'If you were stopped by a cop and was caught for not wearing a seat belt, what would you do? – bribe, pay RM30 and move on with your life, or get a ticket, go through the hassle of appealing and pay a penalty of RM300? Obviously if you were smart, you'd bribe'.
Ini rasuah bersekala kecil. Bagaimana dengan rasuah bersekala besar? Rasuah melibatkan tanah balak beribu ekar, tanah lombong pasir, kelulusan pembangunan dan sebagainya. Rasuah telah berakar umbi hingga keusus rakyat Malaysia. Semuanya untuk kerja mudah dan untung cepat. Sebabnya penguasa dan penguatkuasa yang tidak amanah. Mentkedarah rasuah untuk diri, isteri dan anak-anak. Duit itulah yang menjadi darah daging membesarkan sebahagian besar anggota masyarakat.
Pelajaran pertama aku berkenaan rasuah semasa belajar di universiti. Seorang pegawai di DBKL menasihatkan aku semasa latihan praktikal di awal tahun 90an,
'Ambil jer, kalau nak harapkan gaji saja mana cukup. Semua ni serupa hadiah sahaja. Awak cuma perlu segerakan memproses permohonan dia. Yang meluluskan bukan kita, pihak atasan. Dia orang kat atas tu lagilah besar habuan mereka'
"Dia orang tu sampai boleh pergi dan balik kerja terus dari Genting Highland dengan duit begini"
Baru-baru ni seorang rakan yang berjaya dalam dunia business menyebut begini;
'Everyone else is doing it. If you don't do it, you are the one who will suffer. Anybody who refuses to engage in corruption in our society is backward in thinking, and they will never succeed'.
No comments:
Post a Comment